Pelawat

counter

Laila & Khalifah

Laila & Khalifah

Kisah cinta laila dan majnun merupakan sebuah kisah cinta yang sangat popular di timur tengah…..Aura Therapy kembalikan kenangan Laila dan Majnun.

Dikesahkan Ketika khalifah bertemu dengan Laila, dia menjadi hairan, “Qais menjadi gila ( majnun) kerana kamu? Sungguh tidak masuk akal. Apa yang dia lihat dalam diri mu, sehingga tergila gila kepada mu?. Kamu bukanlah wanita yang paling cantik. Banyak wanita lain yang secantik kamu bahkan melebihi kecantikan mu.

Laila menjawab, Apa yang Qais lihat adalah sesuatu yang kamu tidak dapat melihatnya kerana kamu bukan majnun. “Laila khe disan laaye, majnun joon akhiyoon khapan”. Maksudnya : Untuk melihat kecantikan seorang laila, diperlukan sepasang mata milik orang gila. I ( Perpatah Sindi )

Mata yang sudah terbiasa melihat wujud, tidak dapat melihat sesuatu disebalik wujud. Mata terbuka dan keadaan jaga tidak menjamin “ penglihatan”. Begitulah sebaliknya.Terjaga dunia luar bermakna tidur dalam dunia batin. Keadaan ini akan membuatkan anda menjauhkan anda dari diri mu sendiri.

Khalifah hanya melihat wujud Laila. Dia tidak melihat sesuatu yang luar biasa. Malah menjadi bingung, “ bagaimana Qais boleh tergila-gila pada dia.?”. Khalifah menggunakan mata fizikal untuk melihat, apa yang dia lihat adalah fizikal semata mata. Qais menggunakan mata batin untuk melihat batin Laila,…

Sekarang bagaimana anda melihat isteri anda…..

Warna Aura

Warna Aura Manusia & Ertinya

Warna boleh menjadi membina ataupun boleh memusnahkan. Ia boleh meransang, memperbaiki atau menarik perhatian. Ia boleh menjadi lelaki atau wanita. Ia boleh menjadi negatif atau positif. Warna aura juga menyediakan kunci kepada personaliti, mood, kematangan dan kesihatan individu tertentu. Ia juga pantulan/biasan kepada aspek rohani dan jasmani. Aura boleh berubah - ubah mengikut emosi anda di waktu itu


Adalah satu tugas yang besar untuk kita mempraktikkan bagaimana untuk mentafsirkan warna-warna aura. Tiap-tiap warna tersebut mempunyai perwatakan tersendiri, tetapi perubahan warna aura akan mengubah perwatakan tersebut. Kedudukan warna, keamatan warna serta kedudukan warna pada medan aura perlu dipertimbangkan.


Warna aura yang berdekatan dengan tubuh manusia mempengaruhi keadaan fizikal individu tertentu. Ia juga menunjukkan manifestasi tenaga tersebut. Ia juga menunjukkan tenaga yang boleh diperolehi oleh seseorang individu tertentu.


Merah

Adalah warna bagi tenaga yang kuat, api dan kuasa kreatif utama. Merah juga tenaga yang menyokong kehidupan. Ia adalah panas. Ia menunjukkan keinginnan yang kuat, minda dan seterusnya. Ia juga satu warna dinamik yang mempengaruhi kemarahan, cinta, benci dan perubahan yang tidak terduga. Ia juga menandakan kelahiran baru dan mutasi.


Ia adalah warna yang memberi kesan kepada sistem edaran darah dalam badan kita, sistem peranakan (tenaga seksual) dan kebangkitan kebolehan dan bakat yang terpendam.Terlalu banyak merah atau kekeruhan yang amat merah boleh menyebabkan stimulasi yang melampau, kesakitan yang melampau atau ketidakseimbangan. Ia juga boleh menyebabkan kegugupan, panas baran, agresif, keketaran atau tindakan yang melampau.


Oren

Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi. Ia adalah penunjuk kepada keberanian, ceria dan peramah. Ia adalah warna yang boleh memberi kesan kepada pembukaan kepada kesedaran yang baru. Bergantung kepada warna, ia juga menunjukkan ketidakseimbangan emosi. Keamatan oren yang gelap juga boleh memberi kesan kepada maruah, kebimbangan dan juga harga diri.


Kuning

Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik. Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.


Hijau

Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.


Biru

Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia adalah warna yang memberi ketenangan dan kesepian. Ia penting dalam mempengaruhi kebenaran dan serius. Ia juga menunjukkan kebolehan dalam telepati. Biru muda menunjukkan daya imaginasi yang aktif dan intuisi yang baik. Gelapnya warna biru menunjukkan naluri yang agak kesepian. Makin keruh warna biru itu, ia memberi kesan kepada sikap selalu ingin cepat, bimbang, ketakutan, mudah lupa dan terlalu sensitive.


Ungu Violet

Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempengaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual. Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.


Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.


Warna aura yang lain:


Merah jambu

Warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan.

Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.


Emas

Warna emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan.

Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.


Putih

Putih selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai semua warna di dalamnya. Ia menunjukkan kebenaran dan kesucian. Ia juga menunjukkan tenaga individu tertentu sedang dibersihkan dan menjadi hampir tulin. Ia juga menunjukkan kebangkitan daya kreativiti yang cukup tinggi.


Kelabu

Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.

Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.


Perang

Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.

Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tersebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempengaruhi kawasan masalah dalam fizikal.


Hitam

Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Saya mendapatinya adalah tidak benar.

Hitam adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia. Tiada apa yang salah tentang itu. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman mengenai bebanan dan pengorbanan akan terjadi akhirnya.


Perak berkilauan

Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif.

Aura Bidadari Kunci Cinta

Aura Bidadari Kunci Cinta : Aura bidadari merupakan sebuah keilmuan yang sangat luar biasa dalam memancarkan aura kecantikan dalaman seseorang. Demikian menurut Puan Murni salah seorang pengamal Ilmu Aura Bidadari.Ilmu Aura Bidadari telah mengalami sebuah perjalanan yang sangat panjang, dari sebuah ilmu yang bersifat rahsia di Istana Bagawan Solo.


kepada sebuah keilmuan yang bersifat fomal dan boleh dipelajari dalam format seminar seperti sekarang ini.
Ilmu Aura Bidadari ini diasaskan oleh seorang paranormal dari perguruan Ghaib Daya Laduni ( Tanah Seberang ) bernama Ustad Rahmad Nuryadin, beliau memperolehi ilmu ini dari datuknya.

Kemudian ilmu ini diturunkan secara pengijazahan tradisi kuno “wejangan”,. Wejangan merupakan cara tradisi penurunan ilmu kebatinan tingkat tinggi melalui lisan guru kepada murid, sehingggalah keilmuan Aura Bidadari dikembangkan di Malaysia sejak 2003 oleh Ustad Hanafi dari Pusat Latihan Menjaro Aura. Demikianlah serba sedikit tentang sejarah Ilmu Aura Bidadari yang di miliki oleh Puan Murni dari Pusat Latihan Menjaro Aura cawangan Keningau, Sabah.


Beliau mula mempelajari Aura Therapy dan sekaligus mempelajari Ilmu Aura Bidadari tingkat Guru dari Pusat Latihan Menjaro Aura pada 7.07.2007.Sejak dari tarikh tersebut beliau tidak menoleh kebelakang lagi dalam membuat rawatan dan pengisian kepada ramai orang yang mempunyai masaalah suami isteri dan wanita yang terperangkap dalam kancah cinta segi tiga.

Bahkan kaum Adam juga tidak terlepas dalam menerima rawatan dan pengisian dari beliau. Menurut beliau, sewaktu temubual kami di salah sebuah Pusat Rawatan Menjaro Cawangan Keningau. Proses Pengisian Aura Bidadari adalah melalui 3 pusat tenaga utama yang harus di aktifkan iaitu

1. Bahagian Muka ( Ajna )








2. Bahagian Dada (Nurani )









3. Bahagian Rahim ( khusus untuk wanita )









Kata beliau “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuh manusia, itulah hati” bahkan sambung beliau lagi dalam lorat Sabah “ bukan setakat baik, tapi juga bersih, cantik, hebat dan sebagainya maka ini akan mempengaruhi aura yang terpancar dari wajah mereka” jika dalam diri kita penuh dengan cinta maka aura yang kita pancarkan adalah cinta, maka orang mudah jatuh cinta kepada kita begitulah sebaliknya.

Jika lihat dari penjelasan diatas, maka dapat kita simpulkan bahawa dasar kecantikan dan kebahagian rumah tangga bermula dari hati yang suci. Pengisian Ilmu Aura berdasarkan dari pandangan diatas. Anda boleh buktikan dengan mengambil foto Aura selepas proses pengisian aura bidadari dilakukan. Hasilnya sangat hebat dan luar biasa.

Bagai Mana Ilmu Aura Bidadari Bekerja

Sejak dari alam kandungan lagi kita mewarisi segala kekuatan dan “Pesona Bawah Lahir”. Semakin kita membesar apa yang berlaku dalam kehidupan kita akan masuk kedalam diri kita. Ini akan menutup potensi Suara hati anda.Apabila pengisian aura bidadari dilakukan ia akan memberikan energy kepada hati (kalbu) kita. Apa bila pusat tenaga di hati kita bekerja ia akan menghasilkan tenaga, tenaga ini akan berkembang dan membentuk sebuah lapisan aura yang sangat cantik dan luar biasa anda akan melihatnya setelah proses aura bidadari dijalankan.

Amalan Ilmu Aura Bidadari terdiri dari zikir dan wirid nama Allah tertentu. Apabila Asmaq Allah diamalkan dalam hati anda maka aura yang anda pancarkan adalah aura Asmaq Allah. Sesiapa yang mamandang auranya pasti cinta dan rindu.Siapakah yang meniupkan asmak Allah kedalam hati anda ? siapakah yang menyebarkan aura cinta kepada anda.?jawapanya adalah Allah.


Merekan bukan cinta dan rindu kepada anda, tapi rindu kepada Asmaq Allah yang terpancar daripada diri anda. Mereka merindui dan mencintai Allah baik secara rela ataupun secara terpaksa kepada zat yang maha menundukan diatas segala kehendaknya. Selain wanita, pengisian Ilmu Aura Bidadari ini juga boleh diisi kepada orang lelaki. Pengisian aura bidadari dapat membuat seseorang itu memiliki aura karisma serta


kewibawaan yang sangat tinggi terutama pada orang yang memiliki kerjaya yang berhubung dengan orang ramai serti guru, peguam, penyanyi, ahli politik, ahli perniagaan dan sebagainya.Selain penggunaan dalam kerjaya, Aura bidadari juga boleh digunakan dalam menyelesaikan beberapa masaalah rumahtangga dan juga masaalah di pejabat. Antara keluhan yang sering didengar untuk meminta diisikan Aura Bidadari ini ialah.


BERKAHWIN

Dulu sayang,sekarang benci. Aku nak tambah kasih sayang suami kepadaku, seperti mula-mula kahwin dulu. Mengamal Ilmu Aura Bidadari anda dapat memancarkan gelombang cinta kepada suami anda setiap kali suami kita tidur.


Suami aku pantang tengok perempuan berdahi licin, mulalah “ulat bulu naik daun”. Suami anda menoleh pada wanita lain kerana anda tidak enak di pandang.


Suamiku, apa kekuranganku sehingga kau tergamak curang kepadaku? Anda dapat menutup aura kelemahan diri dengan tingkatkan aura bidadari.


Suamiku kasihanilah aku, aku tidak rela dimadu.Kau milik aku seorang, aku sudah mengalami susah senang dalam kehidupan ini bersamamu. Tambat hati suami dengan aura Bidadari.Ingat laki-laki tidak pernah takut dengan ancaman dan ugutan. Tapi mereka dapat di tundukan dengan kelembutan, kesopanan,kecantikan dan hati yang sangat tulus dan suci. Kesucian hati akan mempengaruhi tindakan anda yang mulia. Berikan tenaga pada hati anda dengan mengamal amalan mulia dan zikir asmaq Allah yang diajar dalam pelajaran ilmu Aura Bidadari.


ANAK DARA (GADIS)

Jantan jahanam. Habis ‘wang ringgit dan kehormatanku ‘kau kebas”. Sekarang kau nak melarikan diri. Pengisian aura bidadari mampu memukau pasangan agar sentiasa mengasihani anda. Tidak sanggup melakukan sesuatu yang dapat melukakan hati anda.


Berkawan sudah lama, selalu putus ditengah jalan. Si Abang mahu,aku pula yang tidak mahu, aku berkenan. Si abang pula yang jual mahal. Dengan mangamalkan Aura Bidadari Si Abang insyaallah tidak jemu memandang wajah anda.


Aku ni cantik sekali,tapi kenapa tidak ada orang yang meminang. Aku kurang diberi perhatian oleh kaum lelaki. Hidupku sentiasa ada penghalang dalam bercinta.Kesucian hati merupakan kunci kepada tarikan orang lain kepada diri anda.


Sudah lama aku mencintainya, tapi kenapa kau buat-buat tak layan je.”Cinta tidak berbalas”. Tepuk sebelah tangan tidak berbunyi, jangan di tepuk tanganya tapi tepuklah hati dan perasaanya dengan aura bidadari anda. Anda lihat perubahanya. Anda akan ketawa sendiri.


“Saya merasakan seperti sebuah cahaya yang bersinar di seluruh tubuh badan saya, seolah olah ada aliran eletrik masuk keseluruh tubuh badan saya terutama di bahagian dada” Kata Puan Rohani pemilik sebuah Pusat Rawatan Urutan Ibu Bersalin di Keningau. Setelah mempelajari Aura Bidadari. 019 8236269


Aura Bidadari membantu meningkatkan kekuatan tenaga dalaman saya, sebagai seorang pengamal perubatan Reflexology disamping kekuatan fizikal kekuatan dalaman merupakan bonus dalam rawatan yang saya berikan kepada pesakit saya. Getaran tenaga dalam yang di hasilkan dalam ilmu Aura Badadari sangat membantu”. En Faizal pengasas Zi Reflexology Damai .


“Sebagai hamba Allah kita hanya mampu beriktiar dan berserah kepadanya, Aura Bidadari hanyalah sebuah alat iktiar, selebihnya kita serah kepada allah” kata beliau lagi “ anda boleh memiliki ilmu Aura Bidadari dengan cara mempelajarinya Kursus Aura Therapy yang Beliau anjurkan di seluruh negeri Sabah khususnya diKeningau”.


Puan Murni Insyaallah membantu anda dalam menangani masaalah yang telah di sebut diatas. Hubungi 019 5807172

Module Kursus Aura Therapy ( Tahap 1 )

MODULE AURA THERAPY

Penyembuhan melalui Aura Therapy adalah satu kaedah merawat pesakit dengan menggunakan gelombang yang dikeluarkan dari badan kita kepada saraf pesakit. Pesakit akan merasa getaran atau gelombang dan terasa kesakitan menghilang secara beransur-ansur. Merupakan kaedah ilmiah yang menggabungkan kekuatan tenaga dalaman, alam semulajadi, doa dan kekuatan potensi asas yang dimiliki oleh semua orang tidak terkecuali.


Module Kursus

1. Pengenalan tentang Cakra
2. Pembangkitan 7 Cakra Utama. (Membuka Ketujuh-tujuh cakra anda)
3. Latihan Getaran Khusus.
Boster pemangkin energy eletrik bio dalam diri anda langsung terbangkit. Anda akan merasakan tenaga dalaman yang terbangkit menyerupai tenaga eletrik serta merta 45min latihan, amat kuat sekali.

4. Ilmu Renjatan Bawahan Aura ( Meditasi Eletrik )
Merupakan satu kaedah membangkitkan tenaga bio eletrik yang terpendam dalam tubuh anda.
Eletrik bio dalam diri anda langsung terbangkit. Anda akan merasakan tenaga dalaman yang terbangkit menyerupai tenaga eletrik serta merta 45min latihan, amat kuat sekali.

5. Latihan Getaran Nadi ( Membuka Laluan Energy tenaga Dalam )
6. Latihan P
ernafasan Janin ( Rahsia Energy Penciptaan )
7. Pernafasan Api/Zikir Pencerahan ( Zikir Makrifat )
8. Latihan Getaran Al-Fatihah & Rahsia Kesembuhan Huruf Hijaiyah
9. Meditasi Asmaul – Husna_ mencerminkan sifat mulia dalam kehidupan

10. Meditasi Adam dan Hawa ( Khusus Kaum Hawa )
11. Tatacara Rawatan Aura dan Scanning Pengubatan utk orang lain
12. Tatacara Rawatan Jarak Jauh
13. Teknik Melihat Aura
14.Pengisian Sukma Daya Laduni ( Amalan Kebatinan dan Kerohanian Daya Laduni )

Wirid khusus yang perlu di amalkan oleh setiap pelajar kami tidak terkecuali.
Oleh kerana kami percaya tanpa pertolongan dari Allah segala usaha kita tidak akan berhasil. Maka wirit ini merupakan Istikhosah robubiah.

Pendekatan Module adalah 70% Prektikal dan 30% Teori

BONUS: ILMU RAHSIA AURA BIDADARI
( RAHSIA UNTUK DI CINTAI & MENCINTAI ) NEW

Manfaat mengikuti kursus ini

1.Menikmati kekhusyukan dlm solat
2.Peka merasai kenikmatan apabila membaca ayat suci al quran

3.Dengan zikir yg minimal anda akan merasakan getaran zikir dgn hebat dan luar biasa.
4.Membuka wawasan yg luas dlm beragama.
5. Mendominasikan hati dlm membuat keputusan.

6.Memb
uat kehidupan anda semakin tenang.
7. Kemampuan membuat rawatan fizikal dan spiritual.

8.Mengembangkan cinta dlm kehidupan
9.Kemampuan melindungi diri dari serangan spiritual

10.Kemampuan telepati cinta pada seseorang
11.Kemampuan merasakan perasaan orang lain (intuisi)

12.
Mengubah perangai buruk kepada baik

13.Menghilangkan penyakit asma hanya dgn teknik getaran khusus
14.Tangan anda akan sentiasa merasa ada getaran positif yg berupa gelombang aura
15.Menghilangkan kebiasaan berfikiran negative
16.Meningkatkan keyakinan dlm menghadapi org ramai
17.
Sentiasa bersemangat dlm menghadapi suasana kerja yg mencabar

Aura Therapy.
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466


Kunci Energy

Kunci Energy adalah Cinta

Tersebut Al Kisah_Seorang Darvish didatangi oleh seorang petapa yang Sungguh sakti.Memang demikian adanya sekiranya kita masih memburu kesaktian tidak akan bertemu guru yang sakti, apabila kita tidak mencari _mereka akan muncul dengan sendiri. Melihat keadaan Darvish yang begitu fakir lagi miskin. Apatah lagi dengan pakaian yang compang camping , para petapa yang sakti itu timbul perasaan yang sungguh kasihan.Berlaku lah perbualan diantara mereka.

Si Petapa sakti: “wahai hamba Allah, kau seorang Darvish yang di cintai Allah. Selama ini kau sibuk membantu orang lain sehingga lupa untuk mengurusi diri mu sendiri. Mintalah Ilmu pada ku nescaya aku akan mengajar kamu”

Darvish: ”Saya tidak tahu yang saya sering membantu orang lain, apa maksud anda? Saya tidak merasa melakukan apa pun. Yang membantu dia yang diBantu pun dia. Saya tidak melakukan apa-apa pun”.

Si Petapa sakti:”Sebab itulah saya amat mengkagumi anda dan mencintai anda. Anda menolong orang lain tanpa mengharabkan apa-apa ganjaran, pujian atau apa-apa pun. Mintalah sesuatu dari saya berupa ilmu , wang atau apa-apa. Kerana saya di beri kesaktian oleh Allah untuk melakukanya.”

Darvish: ”Saya tidak memerlukan sesuatu apa pun keperluan saya sentiasa di penuhi Allah.Jadi bagai mana saya ingin meminta. Saya tidak perlukan apa-apa lagi.”

Namun Petapa yang sakti ini terus mendesak.

Si Petapa sakti: ”Tapi keadaan mu sungguh memerihatinkan, perhatikan pakaian mu sudah compang-camping. Badan mu kurus, entah kamu diberikan makan ataupun tidak. Mintalah sesuatu mungkin harta atau wang yang secukupnya”.

Darvish: ”Saya tidak perlu harta atau wang yang banyak cukuplah sekadarnya. Harta dapat menghanyutkan kesedaran manusia, wang yang banyak akan menyebabkan ketidak sedaran manusia. Cukuplah dengan apa yang Allah berikan kepada saya.”.

Si Petapa sakti: ”Cukup kata anda !! Sedangkan apa yang saya lihat anda serba kekurangan”.

Darvish: ”Kekurangan itu hanya pada penglihatan anda bukan pada penilaian saya.”

Si Petapa sakti:”Baiklah kalau begitu, mungkin kekebalan atau kesaktian.”.

Darvish:”Saudara kembar kekebalan dan kesaktian adalah keangkuhan. Keangkuhan akan berkembang menjadi Kesombongan”.

Si Petapa sakti:
”Baiklah , bagai mana kemampuan membaca fikiran orang lain, tentu saja dengan kemampuan ini anda dapat menolong orang lain”.

Darvish:
”Tidak juga kerana saya sibuk menjinakan fikiran saya sendiri, lagi pun bahasa yang saya kenal adalah bahasa hati , yang saya baca adalah hati orang dan ini sudah mencukupi untuk Saya. Saya tidak perlu membaca fikiran orang lain.”.

Si Petapa sakti:
”Anda telah menolak semua tawaran saya tapi yang satu ini harus anda terima.Saya akan menjernihkan pandangan anda,Sehingga anda dapat melihat masa hadapan.”

Darvish:
”Ini lagi tidak berguna pada saya, yang penting bagi saya adalah masa sekarang atau masa kini dan saat ini. Saat ini dapat merubahkan masa hadapan tak perlu pergi ke masa hadapan.”

Si Petapa sakti:
”Terimalah tawaran saya yang terakhir ini, Kamu boleh menjadi seorang penyembuh, kamu dapat menyembuh orang yang sakit.”.

Darvish:
”Ini pun tidak berguna bagi saya, sesungguhnya Allah maha penyembuh, biarlah lah kesembuhan berasal dari Allah. Bukan dari keinginan saya dan saya hanya lah pelantaran sahaja.”.

Demikianlah tawaran-tawaran yang sering kita dengar dari perguruan tenaga dalam atau aliran kerohanian masa ini_ saya sambung kembali. Setelah satu persatu tawaran Si petapa sakti itu di tolak, si petapa tersebut lalu mengundurkan diri. Namun dalam diam-diam si petapa sakti mengambil keputusan untuk menganugerahkan kepada Darvish tersebut. Beliau tidak perlu di beritahu lagi mengenai tawaran yang telah dibuat.

Jika di beritahu dia akan menolak lagi. Sesiapa pun yang tersentuh oleh Darvish tersebut akan menjadi tenang dan memperolehi kedamaian , apa bila sakit akan menjadi sembuh, jika lemah menjadi kuat… Inilah bonus dari Allah kepada hambanya yang pasrah, redho, cinta kepadanya.

Mereka yang mencintai Allah dan Rasul, para sufi, darvish para master tidak memerlukan apa pun. Cinta akan membuat mereka kenyang, sebaliknya kita yang belum kenal cinta selalu lapar. Melalui pertemuan ini kita akan menyelami para master seperti Robiatul Adawiah, Jalaludin Al Rumi, Ibnu Arobi, Habib soleh Al Hamid, Gus Arifin bin Ali bin Hassan mereka itu merupakan master ,darvish, sufi dari masa silam yang kami bangkitkan jiwa mereka melalui Aura Therapy.

Bersama mereka kita _ menyelami Cinta

Cinta merupakan sebuah energy yang sangat hebat. Jadi Energy inilah yang kita gunakan untuk merawat zahir dan batin diri kita dan juga orang lain.

Pelita pengetahuan sejati

Latihan – latihan Aura Therapy, akan menjernihkan diri, sehingga pelita pengetahuan sejati mulai nampak dengan jelas. Jernih, bersih itu apa ? Latihan-latihan Aura Therapy tidak dapat menjadikan anda superman. Latihan Aura Therapy dapat menjernihkan pandangan kita.

Seorang Menteri baru menerima perlantikan sebagai Menteri Besar dari Sultan, mengalami sakit mata. Para Doktor pakar menasihatkan agar beliau sering melihat objek yang “berwarna hijau”. Apa yang beliau lakukan adalah mengeluarkan arahan supaya setiap bangunan kerajaan dicat dengan cat yang berwarna hijau. Setiap orang harus dan diwajibkan memakai pakaian yang berwarna hijau.

Kita akan ketawakannya, saya menyarankannya agar memakai kacamata yang berwarna hijau nescaya apa yang dia lihat akan bertukar manjadi hijau. Kau tidak perlu mewarnakan seluruh dunia ini dengan hijau. Masaalah mu bukan pada dunia, tapi pada penglihatan mu sendiri_ pada diri mu sendiri.

Aura Therapy tidak berbicara tentang reformasi dunia, kedamaian dunia dan sebagainya. Aura Therapy juga bukan sebagai juru selamat. Kami hanya menjalankan jalan yang sedia ada, Jalan pengendalian diri, cara menjernihkan pandangan peribadi. Dunia dari dulu sudah seperti ini. Jernihkan pandangan mu, Segala yang anda pandang nampak indah “sebab tuhan tidak pernah buat silapHanafi.

Aura Therapy tidak berbicara tentang reformasi dunia, kami berbicara tentang reformasi dan revolusi fikiran anda. Bila fikiran terkendali “Pelita pengetahuan sejati” ( laduni ) akan terlihat dengan jelas. Ini menunjukkan pelita tersebut telah ada dalam diri manusia sejak alam arwah lagi. Mungkin kerana silau maka pelita pengetahuan sejati tidak terlihat. Seumpama bintang-bintang di langit tidak kelihatan kerana silaunya cahaya matahari yang memancar. Selama ini cahaya fikiran anda terlalu menyilaukan sehingga menutupi cahaya pelita pengetahuan sejati, sememangnya sudah ada dalam diri manusia.

Pelita pengetahuan sejati adalah kemampuan untuk membuat pemilihan. Memilih antara bayangan dan yang terbayang. Sehingga anda mengetahui apa yang anda kejar. Anda tidak lagi mengejar bayangan, kerana bayangan yang anda kejar adalah bayangan anda sendiri. Masih beruntung jika anda sedar, biasanya kita tidak sedar–sedar. Setiap pagi kita mula mengejar bayangan kita sendiri.

Latihan membangunkan “ pelita pengetahuan sejati”
Mulakan latihan ini dengan bismillah...

Pejamkan matamu – duduk dengan tenang. Alihkan kesedaran mu di tengah-tengah alis mata. Gunakan jari anda untuk menekan titik tersebut. Bila anda menekan anda akan melihat sebuah cahaya, jangan berupaya untuk melihat cahaya. Apabila muncul sebuah titik cahaya, dengan mata masih tertutup naikkan bola mata ke cakra mahkota. Sehingga terjadi black out lagi.

Setiap kali anda melihat cahaya atau bayang-bayang lain, naikkan bola mata dan ciptakan kegelapan lagi. Lakukan selama lebih kurang dua puluh minit. Nafas normal tidak perlu memerhatikan nafas. Selama anda melakukan latihan ini anda akan menjadi tenang dan fikiran semakin jarang.....


kosong... di dalam kekosongan itu anda dengarkan satu suara yang berasal dari dalam dada anda_ jantung anda. Yang berdenyut sambil berzikir Allah, Allah, Allah, Allah. Ikuti suara tersebut. Sehingga seluruh tubuh anda bergetar ( terasa seperti getaran dan renjatan eletrik ). Angkat suara tersebut berserta mengangkat bola mata anda ke cakra mahkota. Angkat suara tersebut melepasi kepala anda dan terus ke langit yang paling tinggi.

Kemudian rasa dan dengarkan suara tersebut masuk melalui ubun-ubun anda dan turun ke jantung. Ulangi proses tersebut. Sebanyak yang mungkin. Akhirnya anda dapat mendengar suara tersebut di dada orang lain pula......dan anda boleh menggunakan perintah hati untuk orang membayar hutang atau mengendalikan minda orang dengan mengunci gerakan orang tersebut. Teknik dan cara ini di namakan “mind control” atau perintah telepati.

Mengendalikan Fikiran

Seorang Birawati pergi ke luar kota selama beberapa bulan untuk satu keperluan, menyerahkan tugas menjaga gurunya kepada seorang Birawati lain. Birawati Ramona mengharapkan Birawati Rina dapat menjaga dan melayani sang guru, selama Birawati Ramona pergi ke luar kota.

Tiga bulan kemudian Birawati Ramona, kembali ke asrama sambil mengucapkan terima kasih kepada Rina sambil bertanya, “ tidak susahkan menjaga guru “?. Rina menjawab, “ Macam mana nak jawab soalan ini?” Rina menjawab lagi susah tu tidak , tetapi sakit sedikit, tapi akhirnya kita berjaya mengirimkan Syaitan ke neraka”

Ramona agak bingung dan pelik “ apa kamu cakap ni?” Syaitan apa” Neraka mana pula yang kamu merepek ni” Rina menjelaskan “ pada satu malam Tuan Guru mengajak saya untuk menangkap syaitan. Kata Guru syaitan melekat di tengah-tengah kedua belah pahanya dan ada Neraka di tengah-tengah kedua belah paha saya. Jadi syaitan harus dimasukkan kedalam neraka . Memang agak susah sedikit dan sakit, tetapi setelah kita berjaya mengurungkan syaitan kedalam neraka kita akan merasa bahagia dan syaitan tidak lagi mengganggu kita”.

Ramona tercengang “ pelik ya .. dulu dengan saya Tuan guru kata di tengah-tengah pahanya ada kunci syurga dan di tengah-tengah paha saya ada pintu syurga. Guru membuka pintu syurga dengan menggunakan kuncinya. Sekarang ni dengan kamu lain pula ceritanya....

Syaitan sudah meracuni fikiran anda. Dia ada di dalam dan di luar fikiran anda. Apakah anda pernah berjauhan dengan tuhan? Sehingga anda harus dekatkan diri anda dengan tuhan?. Bagaimana anda boleh berjauhan dengan tuhan kerana anda berada dibawah jajahan tuhan. Tuhan lebih hampir dari diri anda sendiri.

Manusia harus bersatu dan mengenali dirinya. Bagaimana anda ingin bersatu dengan diri anda jika anda tidak mengenali diri. Kenali diri anda senyata yang mungkin anda akan mengenali hakikat diri anda yang sebenar. Selama ini kita bersatu dengan fikiran kita apapun yang kita lakukan kita haruskan perkara tersebut sejajar dengan akal fikiran kita.

Sehingga kita mengikuti kata fikiran kita dan kita abaikan kata hati yang mewakili diri kita yang paling dalam. Manusia harus bersatu dengan dirinya dengan sebuah kesedaran yang dicari oleh dirinya. Merupakan sesuatu yang melampaui akal dan fikiran manusia. Keluar dari kotak fikiran manusia. Sebuah persepsi yang diciptakan oleh fikiran kita dan mencipta sebuah persepsi baru yang anda ciptakan sendiri bukan dengan fikiran sedar kita.

Berpisah sebentar dari minda bukanlah menolak fikiran tapi seimbangkan fikiran, agar tidak terlalu mendominasi dalam kehidupan kita. Apabila perpisahan ini berlaku sesaat maka anda dapat menghidupkan sesuatu unsur yang berada dalam diri anda yang dapat mengawal keliaran fikiran kita. Aura Therapy perlu diselami dengan dalam untuk memahaminya.

Para ilmuan barat beranggapan anda adalah apa yang anda fikirkan. Dulu mereka mengatakan kita adalah fizikal kita. Sekarang dengan fikiran pula, mungkin besok mereka mengatakan dengan rasa. Menurut kelompok new –age mereka mengatakan manusia adalah gabungan dari salah satu sifat energy.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang fikiran sebaiknya kita berbicara dengan “ manusia” atau “manushya” berasal dari dua suku kata, “manas” dan “ishya”. Ishya bermakna keberadaan, manas bermaksud fikiran. Apabila keberadaan bertemu dengan fikiran lahirlah perkataan manusia. Apabila manusia melepaskan pengendalian fikirannya maka dia berada pada pengendalian keberadaan. Keberadaan + fikiran = Manusia. Sebaliknya manusia – Fikiran = Keberadaan.

Energy dan apa yang kita sebut dunia material merupakan sebahagian dari “wujud” atau keberadaan. Elemen tanah, air , api dan angin merupakan sebahagian dari keberadaan. Manusia adalah energy yang di miliki. Bermakna melambangkan manusia dengan sebahagian dari unsur keberadaan. Kelompok new-age sibuk mewar-warkan dari tubuh fizikal kepada tubuh energy kedua duanya masih merupakan badan, masih merupakan sebahagian kecil dari keberadaan.

Melambangkan diri manusia dengan badan fizikal atau energy ( badan halus ) masih merupakan kegiatan fikiran. Kita masih belum bersatu dengan diri kita. Kita hanya mengambil salah satu bahagian dari keberadaan. Bila anda tidak bersatu dengan diri anda bagaimana anda ingin mengendalikannya?

Pengendalian fikiran
Kita dapat mengendalikan sesuatu itu disebabkan kita lebih kuat dari perkara yang ingin kita kendalikan. Apa yang terjadi selama ini kita di kendalikan oleh fikiran kita, amarah kita, kecemasan, kekhuatiran, ketakutan semuanya muncul kerana fikiran kita. Anda harus relaks, bertenang dengan cara berzikir. Hanya dengan berzikir anda akan tenang. Apabila anda menjadi tenang minda akan mulai kendur dan mencair dan kembali menjadi thoughts.

Mengendalikan minda bermakna memahami sifat minda. Bagaimana anda dapat mengendalikan minda jika anda tidak memahami sifat minda. Memahami sifat minda bermakna memahami keliarannya.Minda merupakan accumulation dari thoughts. Thoughts atau fikiran-fikiran yang bertentangan menciptakan minda. Maka minda selalu menjadi liar. Minda harus di jinakkan kembali dengan zikir. Ini akan membuatkan anda merasa kesatuan dengan diri anda. Selama ini apa yang anda lakukan anda merasa tidak bersatu

contoh dalam solat anda yang solat atau solat hanya berlaku dalam fikiran sahaja. Kerana anda tidak tahu mana diri anda. Anda terpisah kerana anda MERASAKAN TERPISAH dari diri anda. Sebenarnya anda tidak pernah terpisah dari diri anda, anda hanya merasakan diri anda terpisah kerana anda bekerja dalam fikiran. Bila anda dapat melepaskan penjara fikiran maka. Merasakan terpisah itu akan hilang. Anda merasakan terpisah adalah kerana fikiran anda sendiri. Aku seperti apa yang anda sangkakan