Pelawat

counter

Kelompok Kesedaran Ilahi

Kelompok lapisan kesedaran ketiga dikaitkan dengan Pembersihan, ketenangan dan penyatuan jiwa. Ketiga tiga sifat hanya di warisi oleh sesuatu yang memiliki kesedaran ilahi sahaja. Haiwan tidak pernah berbicara tentang pembersihan jiwa, Pembersihan ketenangan batin dan menyedari tentang kewujudan Ilahi. Manusia hanya mempunyai kesedaran haiwan hanya menyedari tentang makanan, seks dan keselesaan dalam kehidupan sahaja.

Apabila manusia mula menyedari tentang siapa dirinya dari mana dirinya maka manusia tersebut mulai membangunkan suara hati nuraninya. Suara hati akan muncul bila manusia menggunakan insting kemanusiaan yang ada dalam dirinya. Manusia itu.... akan terasa kekesalan tentang dirinya. Sampai bila kehidupanya bermula dan berakhir. Suara hatinya sering berbisik untuk apa aku hidup.... kenapa aku bekerja ... untuk apa aku bekerja.... bila manusia tidak dapat menjawap soalan yang berasal dari dirinya.... ini akan membuat manusia itu tidak sedar tentang kewujudan dirinya. Bila manusia mampu manjawab soalaan ini... maka. Jiwa nya akan meronta untuk memperdalamkan apa sebenarnya yang kucari dalam kehidupan ini...


Pekara ini akan membuat manusia mulai mencari siapa dirinya, ada sesuatu kekuatan membuat manusia itu sedar hidupnya hanyalah untuk Allah. Manusia tersebut akan merasakan kesedaran tentang membersihkan jiwanya. Pembersihan jiwa akan menghantar manusia untuk fokus pada pegangang hidupnya. Pegangan hidupnya akan membawa manusia tersebut sebuah pengalaman tentang kenyataan hakikat Keujudan Allah yang maha esa. Ini akan membuat manusia mempunyai kesedaran kasih. Sebuah kesedaran memberi, memberi, memberi tanpa mengharapkan sesuatu. Itulah kesedaran ilahi yang wujud dalam diri kita. Dengan kesedaran ini akan membuat manusia hidup dalam keseimbangan dalam diri.

No comments: