Pelawat

counter

Cakra Solar plexsus

Cakra Solar plexis

Memancarkan tenaga yang berwarna kuning. Terletak di kawasan sekitar pusat dan ulu hati. Pusat tenaga ini membekalkan tenaga pada emosi, emosi akan menjalankan tugasnya berpandukan pada energy yang diterima dari pusat tenaga ini.


Membuka perhatian orang kepada kita amat bergantung daripada pusat tenaga ini. Sifat marah dihasilkan akibat mendapan energy pada pusat tenaga ini, mengawalnya juga dapat dilakukan jika pusat tenaga ini bekerja dengan harmoni. Perasaan untuk berkorban (victimization) terhasil akibat pusat tenaga ini aktif contohnya, berkorban apa sahaja harta ataupun nyawa ( jihad dan percintaan ) merupakan sebuah pengorbanan.


Sebagai sebuah landasan ilmiah ingin saya jelaskan di sini, pusat tenaga ini mempunyai hubungan yang sangat erat dengan pusat. Pada ‘ pusat ’ tidak ada pusat tenaga yang ditemukan dalam tradisi Aura Therapy, tapi ditemukan pusat tenaga yang dinamakan Latoif dalam tradisi tasauf saya akan huraikan dengan terperinci dalam sufi Healing.


Secaranya ringkasnya pusat mempunyai hubungan antara janin dan ibu, melalui talipusat. Janin menerima makanan melalui talipusat, bukan sahaja makanan semata – mata bahkan mempunyai hubungan yang lebih jauh dari itu. Iaitu hubungan nyawa, fikiran dan juga perasaan antara ibu dengan anak.

Sebagai contoh, sebuah fenomena telepati berlaku sangat erat antara ibu dan anak. Seorang ibu yang terlalu merindui anaknya akan membuat sebuah hubungan telepati secara natural dengan anaknya. Fenomena ini akan membuat gelombang fikiran anak akan berubah, perasaan dan emosi juga berubah. Hasilnya sang anak akan terbalik merindui ibunya secara tiba-tiba.


Kesimpulanya cakra ini akan mempengaruhi orang lain suka kepada kita. Hubungan yang selesa dengan kita akan membentuk state kenyamanan atau keselesaan dalam diri kita.

No comments: