Pelawat

counter

Menghadapi Realiti Kehidupan

Menghadapi Realiti Kehidupan
Nasarudin baru sahaja membeli seekor burung Murai . Kata jurujual burung ini boleh berkata-kata. Diuji oleh Nasarudin, nescaya bukan sahaja boleh bercakap bahkan boleh juga berleter. Si Nasarudin membayar 2 ribu ringgit untuk memilikinya.

Apa yang terlupa untuk diselidiki Si Nasarudin ini adalah asal-usul burung Murai ini. Ternyata burung ini di miliki oleh seorang mucikari ( Ibu Ayam ). Sekejap – sekejap ia akan mengeluarkan bahasa yang prono dan kata – kata kotor. Nasarudin menjadi bingung. Ia ingin mengembalikan burung murai tersebut, ternyata orang yang menjual burung tersebut telah tiada lagi di situ.

Pada suatu hari salah seorang sahabat Nasarudin datang menziarahi beliau, kohar adalah nama timangannya. Ternyata Kohar juga seorang penggemar burung Murai. Nasarudin pun bercerita tentang burung murai yang baru dibelinya. “Ah itu senang sahaja, jangan bimbang sahabatku, serahkan burung itu kepada ku, Aku memiliki begitu banyak burung murai, mereka semua berakhlak tinggi. Bahkan dapat menghafal ayat ayat suci. Dalam waktu seminggu sahaja mereka dapat mengubah kebiasaan burung murai mu. Nanti waktu saya kembalikan, lihat sahaja perubahannya”. Sebagai orang beragama Kohar selalu ingin membantu orang lain apa lagi orang-orang seiman dengannya.

Nasarudin merasa lega, “ Untung ada sahabat seperti kamu kohar”. Nasarudin mengharapkan dalam waktu seminggu, burung murainya dapat dikembalikan. Ternyata kohar tidak kembalikan burung murai Nasarudin. Nasarudin tidak sampai hati untuk mendesak sahabatnya, dia menunggu seminggu lagi, tetapi masih tiada khabar berita dari sahabatnya Kohar. Akhirnya Nasarudin memutuskan untuk mengunjungi sahabatnya Kohar.

Kohar memahami perasaan sahabatnya, “ wah Nasarudin maaf kan aku”. “ sejak aku membawa burung Murai kamu ke sini, semuanya menjadi kacau. Burung Muraiku yang pandai membaca ayat – ayat suci, tiba tiba menjadi lupa. Sekarang mereka hanya boleh mengucapkan “Shukur Tuhan, shukur, shukur Tuhan” sahaja. Mereka telah melupakan pendidikan yang telah aku berikan bertahun – tahun, aku sendiri bingung memikirkan keadaan ini.

Kemudian Kohar bertanyakan kepada Rina ( pembantu peribadi kohar),bagaimana peristiwa ini boleh terjadi. “ ternyata burung murai kepunyaan Nasarudin ini adalah burung betina. Oleh kerana sudah lama tinggal di rumah seorang mucikari, dia sangat mahir dalam ilmu seks dan cinta. Bila dia sampai ke sini dia mula mengamalkan ilmu seks dan cinta di sini. Nah... burung murai di sini semuanya burung jantan. Saya berhasil berkomunikasi dengan burung-burung kita.Ketua burung murai itu menjawab.

“Selama ini kami berdoa untuk mendapatkan seekor teman wanita, sebab itulah kami rajin berdoa dan menghafal ayat- ayat suci , sekarang doa kami dimakbulkan tuhan. Burung betina ini jelas kiriman dari tuhan. Maka sebab itulah kami memuji dan ucap shukur tuhan, terimakasih tuhan”

Kohar berbangga dengan burung-burung murainya. Burung murai kohar mempunyai aklak yang tinggi dan pintar membaca ayat suci, mereka bukan burung biasa mereka adalah burung cendekiawan.Ternyata apa.? Kepintaran, kecerdikan , ilmu mereka, akhlak, semuanya hanyalah untuk kepuasan syahwat. Belum terjadi peningkatan kesedaran dalam diri mereka.Mereka masih belum menikmati kehidupan dunia ini. Mereka masih belum jenuh dan puas dengan kenikmatan dunia ini. Akhlak dan moral mereka tidak berguna sama sekali.

Nikmatilah dunia ini, nikmati sepenuhnya kurniaan Allah kepada anda. Nikmati sehingga sampai kenyang, muak dan mual kehidupan dunia ini. Sehingga hati nurani anda bertanya kepada diri anda “ apa lagi yang aku cari dalam hidup ini.”? Sehinggalah pertanyaan ini memicu kepada peningkatan diri anda. “Apakah hidup aku hanya untuk ini sahaja”... “ mana kehidupan aku yang sebenar” “ Hidup hanya menjemukan tidak ada sesuatu yang indah dalam hidup ku”... soalan ini biarlah bermain kedalam diri anda.... biarkan suara ini memasuki minda dan hati anda. Biarkan ia mendorong anda melakukan tugas harian anda.... anda lihat hasilnya sangat membosankan.... kehidupan tidak begitu indah........

Lihatlah di persekitaran anda .... apakah ini sahaja yang ada dalam kehidupan ku? Selama kita masih puas dengan kehidupan anda. Selama itulah anda berada pada satu lapisan kesedaran hidup anda. Maka kesedaran tersebutlah yang mencorakkan hidup anda entah hitam atau putih terserah pada diri anda untuk mencorakkan kehidupan anda. Selama anda berada pada lapisan kesedaran terbawah atau kesedaran haiwan, selama itulah terjadi pada Burung Murai kepunyaan Kohar.

Fahamilah tentang lapisan kesedaran ini, apa yang disebut pusat tenaga yang memancarkan energy kesedaran anda. Energy kesedaran inilah yang mempengaruhi segala tingkah laku dan moral anda. Berada pada satu lapisan kesedaran yang sama akan membuat kehidupan sama seperti haiwan peliharan untuk selama-lamanya.

Kesedaran yang berada dalam diri anda haruslah bersifat alamiah ( natural) jangan dipaksa. Misalnya anda belum bersedia untuk bertaubat, kemudian anda bertaubat, kenangan tentang dosa-dosa anda masih berada dalam memori fikiran anda. Apa yang berlaku anda bertaubat hanya sebahagian dari diri anda. Sedangkan fikiran anda masih berada dalam “keindahan dosa” tersebut. Anda hanya memindahkan kesedaran taubat dari tidak melakukan secara fizikal_ anda lakukan dalam “minda”. Anda masih belum bertaubat lagi. Langkah pertama anda harus membersihkan fikiran anda dahulu.

No comments: