Pelawat

counter

Pelita pengetahuan sejati

Latihan – latihan Aura Therapy, akan menjernihkan diri, sehingga pelita pengetahuan sejati mulai nampak dengan jelas. Jernih, bersih itu apa ? Latihan-latihan Aura Therapy tidak dapat menjadikan anda superman. Latihan Aura Therapy dapat menjernihkan pandangan kita.

Seorang Menteri baru menerima perlantikan sebagai Menteri Besar dari Sultan, mengalami sakit mata. Para Doktor pakar menasihatkan agar beliau sering melihat objek yang “berwarna hijau”. Apa yang beliau lakukan adalah mengeluarkan arahan supaya setiap bangunan kerajaan dicat dengan cat yang berwarna hijau. Setiap orang harus dan diwajibkan memakai pakaian yang berwarna hijau.

Kita akan ketawakannya, saya menyarankannya agar memakai kacamata yang berwarna hijau nescaya apa yang dia lihat akan bertukar manjadi hijau. Kau tidak perlu mewarnakan seluruh dunia ini dengan hijau. Masaalah mu bukan pada dunia, tapi pada penglihatan mu sendiri_ pada diri mu sendiri.

Aura Therapy tidak berbicara tentang reformasi dunia, kedamaian dunia dan sebagainya. Aura Therapy juga bukan sebagai juru selamat. Kami hanya menjalankan jalan yang sedia ada, Jalan pengendalian diri, cara menjernihkan pandangan peribadi. Dunia dari dulu sudah seperti ini. Jernihkan pandangan mu, Segala yang anda pandang nampak indah “sebab tuhan tidak pernah buat silapHanafi.

Aura Therapy tidak berbicara tentang reformasi dunia, kami berbicara tentang reformasi dan revolusi fikiran anda. Bila fikiran terkendali “Pelita pengetahuan sejati” ( laduni ) akan terlihat dengan jelas. Ini menunjukkan pelita tersebut telah ada dalam diri manusia sejak alam arwah lagi. Mungkin kerana silau maka pelita pengetahuan sejati tidak terlihat. Seumpama bintang-bintang di langit tidak kelihatan kerana silaunya cahaya matahari yang memancar. Selama ini cahaya fikiran anda terlalu menyilaukan sehingga menutupi cahaya pelita pengetahuan sejati, sememangnya sudah ada dalam diri manusia.

Pelita pengetahuan sejati adalah kemampuan untuk membuat pemilihan. Memilih antara bayangan dan yang terbayang. Sehingga anda mengetahui apa yang anda kejar. Anda tidak lagi mengejar bayangan, kerana bayangan yang anda kejar adalah bayangan anda sendiri. Masih beruntung jika anda sedar, biasanya kita tidak sedar–sedar. Setiap pagi kita mula mengejar bayangan kita sendiri.

Latihan membangunkan “ pelita pengetahuan sejati”
Mulakan latihan ini dengan bismillah...

Pejamkan matamu – duduk dengan tenang. Alihkan kesedaran mu di tengah-tengah alis mata. Gunakan jari anda untuk menekan titik tersebut. Bila anda menekan anda akan melihat sebuah cahaya, jangan berupaya untuk melihat cahaya. Apabila muncul sebuah titik cahaya, dengan mata masih tertutup naikkan bola mata ke cakra mahkota. Sehingga terjadi black out lagi.

Setiap kali anda melihat cahaya atau bayang-bayang lain, naikkan bola mata dan ciptakan kegelapan lagi. Lakukan selama lebih kurang dua puluh minit. Nafas normal tidak perlu memerhatikan nafas. Selama anda melakukan latihan ini anda akan menjadi tenang dan fikiran semakin jarang.....


kosong... di dalam kekosongan itu anda dengarkan satu suara yang berasal dari dalam dada anda_ jantung anda. Yang berdenyut sambil berzikir Allah, Allah, Allah, Allah. Ikuti suara tersebut. Sehingga seluruh tubuh anda bergetar ( terasa seperti getaran dan renjatan eletrik ). Angkat suara tersebut berserta mengangkat bola mata anda ke cakra mahkota. Angkat suara tersebut melepasi kepala anda dan terus ke langit yang paling tinggi.

Kemudian rasa dan dengarkan suara tersebut masuk melalui ubun-ubun anda dan turun ke jantung. Ulangi proses tersebut. Sebanyak yang mungkin. Akhirnya anda dapat mendengar suara tersebut di dada orang lain pula......dan anda boleh menggunakan perintah hati untuk orang membayar hutang atau mengendalikan minda orang dengan mengunci gerakan orang tersebut. Teknik dan cara ini di namakan “mind control” atau perintah telepati.

No comments: