Pelawat

counter

Membangunkan Mereka Yang Tidak Sedar

Kali ini Kohar kena tangkap basah, ketika dia sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di tempat awam. Dia cuba meyakinkan pegawai pencegah maksiat bahawa wanita itu adalah isterinya. Kohar adalah seorang warga Amerika yang sedang menikmati percutiannya di Kuala Lumpur.Beliau tidak begitu memahami peraturan di Malaysia.

Isteri Kohar diminta memberi keterangan_ dia membisu, berulang kali disoal siasat dia tetap membisu. Setelah di selidiki ternyata dia telah meninggal dunia. “ aduh betul-betul menyusahkan aku sahaja, mati pun di negeri orang” menyumpah kohar di dalam hatinya.

Sekarang kohar tidak ada jalan lain selain menyerah dirinya. “saya betul – betul tidak tahu sejak bila isteri saya meninggal dunia” kata Kohar kepada pegawai penyiasat yang sedang betugas .

Puan Ramona merupakan salah seorang pegawai penyiasat, menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil berkata “ awak jangan nak tipu saya, tak akan awak tak tahu isteri awak meninggal waktu awak amput isteri awak”. Sambil menekan kasut tumit tingginya pada paha Kohar, puan ramona berkata lagi “ Isteri awak tidak bergerak, tidak bersuara dan memberi apa - apa respon kepada awak dan tidak tahu dia meninggal...?.”

Oh Isteri saya memang begitu dia berasal dari golongan Bangsawan di Terengganu. Orang Terengganu adalah wanita sopan dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Tidak pernah bersuara, tidak pernah bergerak atau memberi apa-apa respon sewaktu melakukan jimak.” Kata kohar lagi. “Saya sudah terbiasa dengan sikapnya yang begitu. Manalah saya tahu bahawa dia mati dalam keadaan begitu.”

Kita hidup dalam ketidaksedaran. Kita sakit, kerana ketidaksedaran itu adalah penyakit. Tetapi berlainan dengan Kohar, Beliau sudah terbiasa dengan sifat “dingin” isterinya. Kita sudah terbiasa hidup dengan penyakit. Lantas penyakit itu kita beri label yang menarik golongan Bangsawan”, “Wanita sopan”, “ Pandai menjaga kehormatan diri”dan sebagainya.

Kita mencuba menutupi penyakit dan kelemahan diri kita dengan memberi gambaran yang menarik tentang kelemahan tersebut. Kita sakit tapi tidak merasa sakit. Kenapa terjadi begini? Kerana kita hidup di tengah-tengah masyarakat yang sakit pula. Saya sakit, anda sakit dia sakit dan kita semua sakit. Kita fikir penyakit itu menjadi sebahagian dari hidup kita. Kita menerima penyakit itu sebagai kudrat kita. Aneh !

Siapa pula yang harus menyedarkan kita? Orang yang dapat menyedarkan kita haruslah seorang yang telah sedar. Jangan mengharapkan bantuan dan teguran dari mereka yang tidak sedar. Hanya merekalah yang dapat membangunkan kita dari tidur.

Melalui tulisan-tulisan saya dalam blog Aura Therapy ini. Saya mencuba membangkitkan kembali jiwa ‘Tuan Guru Habib Soleh Al Hamid’ seorang guru kepada guru saya. Biarlah dia membangunkan kita dengan kata-katanya yang saya petik dalam pelajaran Aura Therapy. Dengarkan suaranya melalui suara hati anda........ anda dengarkan...dengan minda yang terbuka melalui Aura Therapy.

No comments: