Pelawat

counter

Pusat Tenaga Aura Therapy

Bagaimana cara Aura Therapy bekerja?
Pada hakikatnya manusia tidak mempunyai kemampuan untuk merawat kerosakan organ atau penyakit yang dihidapi oleh orang lain. Walauapa pun sistem rawatan yang mereka lakukan mereka tidak berjaya. Apa yang berlaku sebenarnya di sebalik rawatan?. Sebenarnya seseorang itu hanyalah menjadi alat penyaluran tenaga pada organ, mind dan sprit seseorang sahaja.

Setiap organ, mind dan sprit seseorang mempunyai kecerdasan yang telah dikurniakan Allah untuk bekerja dengan harmoni dan seimbang. Ketiga -tiga sistem ini ( mind, body & Sprit ) akan bekerja dengan harmoni dalam tubuh kita jika mempunyai: 1.Tenaga yang cukup, 2. Tenaga yang sesuai. 3.Tenaga tidak terhalang (block). Ini merupakan faktor yang utama dalam pelajaran Aura Therapy.

Jika mind mempunyai tenaga yang cukup maka minda akan bekerja dengan harmoni. Kenapa kita tidak khusuk dalam solat.? Khusuk merupakan sebuah 'state of mind'. Jika anda masih berada dalam 'state of mind' ini seumur hidup anda wajib tidak dapat khusuk
. Keluar dari 'state of mind'_ anda akan berjumpa '2nd state of mind' yaitu khusuk. Bagaimana untuk mendapatkan '2nd state of mind'? jawapanya adalah Energy. Begitu juga berlaku pada dua sistem manusia lagi ( body dan Sprit manusia ) jawapanya adalah energy. Apapun anda takrifkan tentang energy, pada hakikatnya energy adalah energy. Tidak ada penciptaan energy yang Allah ciptakan sia - sia.

Energy atau tenaga tidak boleh dijelaskan, jika dapat dijelaskan itu bukan energy. Sesuatu yang boleh dijelaskan adalah dalam bentuk sifat energy. Sifat terhasil apabila energy tersebut di gunakan. Kesimpulanya yang dapat saya berikan tentang energy adalah tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan tidak ada kata - kata yang dapat saya berikan pada sesuatu yang sangat hebat dan mulia ini 'stop'.

Apakah tenaga yang digunakan dalam sistem rawatan aura Therapy?.
Seperti sebuah pokok menerima energy dari bumi dan matahari. Dari bumi pokok menerima makanan melalui pusat reseptor peneriman makanan dari akar naik keatas dan dihuraikan melalui proses fotosintesis. Apabila dua sumber energy saling bertemu, maka proses ini akan menghasilkan tenaga.


Sekarang kita sudah setuju bahawa setiap pertemuan akan menghasilkan tenaga. Pertemuan di antara dua arus air akan menghasilkan tenaga. Pertemuan lelaki dan wanita akan menghasilkan tenaga. Apa-apa pun bentuk pertemuan pasti akan menghasilkan tenaga.Pertemuan yang saya maksudkan disini adalah pertemuan di antara dua arus kehidupan yang berlaku di dalam diri kita juga menghasilkan tenaga.

Secara terus terang saya katakan bahawa tidak ada organ yang dinamakan cakra dalam diri kita. Cakra adalah nama metaforis yang diberikan kepada setiap pertemuan persimpangan saraf. Seumpama nombor, tidak ada nombor 1 2 3 4 dan seterusnya. Nombor hanyalah diwujudkan sebagai perbandingan untuk menunjukan sesuatu nilai.Maka disitulah ahli matematik menjadi bingung untuk memberi sebuah nilai apabila sesuatu nombor yang di darabkan dengan sifar (0):

contoh: Berapakah nilai jika no 1x2= ? jawapanya adalah 2 tapi jika no 1x 0= ? apakah jawapanya? jawapanya adalah 0 . Kenapa ? jika 1 mempunyai nilai maka jawapanya adalah 1. Ini menunjukan 1 hanyalah nilai yang diwujudkan untuk perbandingan. Nilai yang wujud sebenar adalah 0. 0 merupakan nilai mutlak sebagai sebuah kewujudan.

Kesimpulanya cakra adalah sebuah simbol atau lambang kepada menifestasi sebuah pusat tenaga. Arus tenaga yang ada dalam diri kita bergerak melalui sebuah saluran tenaga yang di namakan nadi ( nadi juga metaforis ). Bergerak dari atas ke bawah, dari bawah ke atas , dari depan ke belakang, dari belakang ke depan. Pergerakan arus nadi ini akan saling melengkapi antara satu sama yang lain. Dalam proses pergerakan ini akan membentuk pertemuan atau komunikasi atau interaksi antara tenaga dengan tenaga. Dalam tradisi Qi Qong disebut pertemuan antara yin dan yang dalam tradisi yoga disebut pertemuan ida dan pinggala. Paling menarik yang pernah saya pelajari adalah dalam tradisi sufi dinamakan pertemuan Al-Hayat dengan Al- Hayat hanya dia dengan dia.

Dalam proses pertemuan ini maka tenaga tersebut berputar pada sesuatu pusat. Sedikit penjelasan tentang pertemuan ini, sesuatu pergerakan tenaga keupayaan tidak akan bertindak balas dengan seimbang jika tenaga keupayaan lain tidak berinteraksi dengan keseimbangan yang sama. Tenaga yang ada dalam diri anda adalah sebuah tenaga keupayaan, tetapi tidak bertindak balas. Dia akan bertindak balas jika ada interaksi tenaga yang sama.

Oleh kerana secara hukum alam, tenaga yang mengalir dalam diri manusia adalah fitrah dengan keseimbangan yang mutlak. Maka tenaga tersebut berputar dengan kecepatan dan kelajuan yang seimbang. Jika anda melihat sebuah kemalangan jalan raya anda akan melihat hentakan yang tidak seimbang telah berlaku. Ketidak seimbangan pertemuan kedua energy tersebut akan menghasilkan kemusnahan. Kemusnahan inilah disebut sebagai kesan dari pertemuan di antara kedua-dua energy. Inilah wujudnya gelombang baru, gelombang kemusnahan.

Bila pertemuan berlaku dengan jarak dan kelajuan yang sama akan menghasilkan sebuah pergerakan energy yang sangat harmoni. Energy yang harmoni ini disebut energy penciptaan atau '0' zero. Segala kewujudan bermula dari zero atau kosong. Untuk memahami tentang misteri kekosongan anda harus faham misteri tentang cahaya dan warna.

Cakra merupakan sebuah medan pertemuan dua arus kehidupan yang telah saya huraikan mengikut pemahaman dalam setiap tradisi. Ini disebut sebagai pusat penjanaan tenaga. pusat tenaga ini menghasilkan tenaga zero, yang merupakan sebuah tenaga penciptaan. Bagi anda di tingkat dasar pelajaran aura therapy mungkin anda beranggapan setiap pusat tenaga mempunyai warna dan gelombang tertentu. Warna merupakan kesan dari penciptaan tenaga dan fungsinya.

Berlakunya penyakit adalah kerana kedua - dua tenaga tersebut tidak dapat berinteraksi dengan baik, maka wujudlah gelombang baru yaitu gelombang kemusnahan atau penyakit. Tenaga yang semulajadi fitrah alam semesta ini harus diseimbangkan dan sentiasa berada dalam garis edar atau orbit diri dengan seimbang maka proses penciptaan fitrah manusia akan berlaku secara semulajadi dan diatur oleh sebuah tenaga yang memiliki kekuasaan diatas kehendak-Nya.

Ada tujuh tempat pertemuan yang berlaku di dalam diri kita seperti yang ditunjukan dalam gambarajah di atas. Setiap pertemuan pada tempat dan waktu yang berbeza akan menghasilkan tenaga yang berbeza dan fungsi yang berberbeza juga. Tenaga yang harmoni ini dinamakan tenaga hayat. Tenaga hayat ini sangat penting untuk membangkitkan kesedaran dalam diri kita. Lapisan kesedaran inilah yang kita tafsirkan sebagai aura. Maknanya aura adalah manifestasi sebuah tenaga yang bersifat 'sedar'. Lapisan pelindung aura ini dinamakan lapisan kesedaran yang harus mengalami peningkatan. Tujuh lapisan kesedaran ini, terbahagi kepada tiga kelompok utama. Berada pada satu tingkat kesedaran yang sama untuk selama-lamanya tidak mengkayakan kehidupan kerohanian anda.


No comments: