Pelawat

counter

Pusat Tenaga Aura & Cakra Seks

2) Pusat tenaga /Cakra seks

Cakra ini berkait dengan seks, energy dari pusat kesedaran ini adalah keperluan manusia yang kedua setelah makanan,Keperluan seks bagi haiwan adalah bersifat biology. Begitu sampai keinginanya.Mereka akan mencari,apabila dapat entah dari mana dengan siapa saja mereka akan menikmatinya mereka tidak akan memilih.

Ini berbeza dengan manusia.Manusia boleh menahan diri,tetapi pada masa yang sama,naluri yang satu ini juga berkembang lebih jauh membentuk hawa dan nafsu. Dalam pengertian yang sebenarnya, energi seks adalah energi kreatif. Berada dalam tingkat kesedaran ini, tingkatkan daya kreatif anda. Lakukan sesuatu yang berkait dengan seni, Lapisan kesedaran ini berkait dengan energi berwarna jingga atau oren, Cakra kedua ini membuat manusia itu semakin kreatif, apa bila kreatif manusia tersebut bijak mencari satu peluang, untuk mengatasi persaingan.

Manusia juga tidak takut sesuatu rintangan, manusia bijak mengendalikan sesuatu keadaan. Apabila tidak digunakan untuk sesuatu yang kreatif, energi ini akan mencari "out let"- pengeluaran melalui organ seks.Energ ini semakin digunakan ia menjadi semakin kuat.

Jika seseorang itu sebabnya tidak mengembangkan daya kreatif yang ada pada dirinya, energy ini akan mendorongnya kearah seks. Latihan yang diberi bukan mengharuskan anda meninggalkan aktiviti seks, tetapi dapat membuatkan indah, nikmat dengan seks.

Dalam sedar atau tidak kita telah mengikuti warna spetrum dari merah, jingga atau oren, kuning hijau dan seterusnya merupakan warna asas pelangi. Juga merupakan warna aura dalam diri seorang manusia. Bila Kita terlalu berkiblatkan pandangan barat kita dapati hampir 80% penulisan mereka berkaitan dengan energy yang memberi kekuatan seks atau kekuatan organ disekitarnya.

Sedangkan kita sendiri faham bahawa sesuatu yang ghaib harus berinteraksi dengan dunia ghaib, kerana energy ini mempunyai gelombang dan getaran yang hampir sama.

Cakra atau pusat tenaga ini tidak ada urusanya secara langsung dengan organ dalaman.Tapi melibatkan energy daya kreatif seseorang manusia.Bila kita membicara tentang organ yang terlibat dengan seks, kita sudah kehilangan makna yang sebenar. Kita telah melompat dari bab energy pergi ke bab organ.Maka kita keliru dalam membicara kan bab ini. Saya akan terperincikan tentang hal ini dalam bab-bab seterusnya.

No comments: