Pelawat

counter

Kesedaran Haiwan

Kesedaran Haiwan

Cakra pertama mempunyai hubungan dengan makanan. Makanan merupakan keperluan biologi yang utama pada diri manusia. Kemudian kita lanjutkan perjalanan menuji ke cakra seks dan ke cakra solar plexsus yang berkaitan dengan keselesaan. Kesimpulanya makanan, seks dan keselesaan atau kenyamanan merupakan sebuah kesedaran pada manusia dan juga haiwan.

Bayi akan menangis setelah memulakan kehidupan melalui kelahiran. Ini merupakan kesedaran awal bagi manusia. Tetapi proses ini juga berlaku pada haiwan. Maka kita dapat simpulkan bahawa kesedaran ini ada pada manusia dan ada juga pada haiwan. Cakra pertama kita masukan pada kelompok kesedaran haiwan. Haiwan juga perlukan makanan. Haiwan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan makanan. Mereka tidak perduli dari mana, di mana bila mereka mendapatkan mereka akan menikmati makanan tersebut , begitu juga dengan seks dan keselesaan, Mereka perolehi tidak perduli dari mana dan di mana_ mereka menemukanya langsung menikmatinya.


Kemudian kita teruskan perjalanan kita pada pusat tenaga yang kedua, kita dapati disini ada sebuah pusat tenaga yang memberikan kekuatan pada kesedaran seksual. Seks merupakan keperluan biologi manusia dan haiwan. Bagai mana sifat haiwan begitu juga sifat manusia yang didominasi pada lapisan kesedaran ini. Mereka mendapatkan entah dari mana dengan siapa, langsung menikmati. Kesimpulanya sama pada sifat manusia. Perjalanan rohani kita tidak berhenti di sini sahaja. Kita akan bertemu dengan pusat kesedaran yang berkaitan dengan keselesaan dan kenyamanan. Apa makna keselesaan dan kenyamanan ini. Setiap pekara nagetif atau positif wajib mempunyai keselesaan yang tersendiri atau perasaan yang positif. Kenapa boleh jadi begitu?.

Ya lah... kalau tidak ada keselesaan kenapa pencuri sanggup mencuri. Memenuhi sesuatu keinginan akan membuat manusia selesa. Begitu juga dengan haiwan. Keinginan haiwan untuk mencari posisi yang selesa membuat mereka bertarung untuk mendapatkan perhatian dari pasangan mereka. Membuat sarang pada tempat yang selesa juga dorongan dari keinginan ini. Begitu juga manusia menggunakan keinginan sebagai alat untuk mencapai keselesaan.


Keselesaan diperbuat dari pada pencapaian dan keinginan makan lahirlah keselesaan. Maka dengan sifat energy yang sama dengan haiwan maka pusat tenaga ini kita masukan dalam kelompok yang pertama_ kesedaran haiwan yang yang tercermin dalam diri manusia.

Bila energy dari kelompok pertama ini menjadi dominasi maka sifat-sifat haiwan akan menjadi landasan dalam tindakan, keinginan dan hasil dalam hidup manusia. Maka sifat-sifat yang menjadi asas dalam pembinaan manusia akan tertutup dan terkunci dalam diri manusia.

No comments: