Pelawat

counter

Pusat Tenaga Aura & Cakra Dasar

1)Pusat tenaga / Cakra Dasar (Akar)

Merupakan lapisan yang paling bawah. Kaitannya dengan energi yang berwarna merah. Jadi dominasinya adalah berwarna merah lapisan yang satu ini berkait dengan kesedaran makanan. Begitu bayi lahir ia mencarikan makanan, menangis untuk mendapatkan makanan.Kesedaran pada makanan merupakan kesedaran awal manusia.

Energy kesedaran bermaksud sebuah energy yang hidup dan mengalami perubahan demi perubahan. Energy ini bersifat Al Hayat sebuah kekuatan yang menghidupkan setiap organ dalam tubuh, menghidupkan perangai dan sifat kita. Energy ini merupakan enegry yang memiliki kecerdasan yang tersendiri. Kecerdasan energy ini harus di latih dan di ajar agar energy ini menghidupkan perangai seseorang.

Oleh kerana energy ini bersifat makanan, energy ini dengan segala kepintaranya akan menjadi sebuah alat untuk seseorang itu mencari makanan. Jika energy ini tidak di latih dan di ajar ia akan bekerja untuk meransang seseorang itu bertindak hanyalah untuk keperluan makanan sahaja. Energy ini membawa seseorang itu melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan.

Maksud makanan disini adalah melakukan apa sahaja yang penting dapat wang untuk hidup. Apabila energy ini dilatih dengan baik energy ini akan menjadi sedar bahawa segala tindakan yang di lakukan bukanlah untuk hidup semata mata. Tidak perlu menindas orang lain hanyalah kerana sebuah kontrak. Energy ini merupakan pemangkin pada seseorang untuk bekerja dengan lebih giat lagi. Orang yang mempunyai lapisan kesedara yang merosot akan melakukan apa saja untuk mendapatkan makanan (sumber kehidupan). Dia tidak peduli apa yang akan berlaku, yang penting dia mendapatkan makanan, sanggup menempatkan kepentingan diri diatas kepentingan orang lain (mempunyai kepentingan diri)

Kebangkitan lapisan kesedaran ini akan membentuk jiwa seorang Berani menghadapi realiti kehidupan, berpijak di bumi (berani menghadapi segala ringtangan kehidupan), Tabah, gigih, dan yakin dengan diri sendiri. Biasa nya digambarkan di sekitar Anus (Lubang Dubur) dan tulang Sulbi.

Kriteria yang perlu ada pada diri seseorang yang akan memasuki lapisan kesedaran ini ialah. Anda perlu merasa jenuh dengan kehidupan yang anda alami sekarang. Anda juga harus mempunyai keazaman untuk memperbaiki kehidupan yang anda alami sekarang dan anda harus bersedia untuk menghadapi kehidupan baru anda. Apa bila anda belum bersedia jangan, memaksa diri. Lupakan dulu seketika latihan ini dan lakukan apabila anda telah bersedia.

Misalnya anda belum bersedia meninggalkan urusan jual beli anda, lalu anda mendirikan solat. Apa yang akan terjadi ? Urusan jual beli anda akan mengikuti anda ke Masjid. Anda akan berurusan jual beli dalam pemikiran dan dalam mimpi. Anda tidur, anda lalai dalam solat. Anda berjual beli dalam waktu solat. Anda belum dapat mengendali kan pemikiran. Anda belum dapat memancarkan gelombang lapisan kesedaran yang satu ini. Bagaimana anda akan dapat meneruskan pada tahap lapisan kesedaran yang seterusnya.?

No comments: