Cakra Mahkota
Berwarna unggu, merupakan warna yang paling spritual. Terletak di ubun - ubun. Fungsinya sebagai penerima ilham, perhubungan manusia dengan sesuatu yang tidak dapat diceritakan. Permulaan rawatan atau pembukaan cakra harus bermula di sini.
Hidup dalam tuhan bererti hidup dalam keseimbangan. (tidak ada aku yang ada hanyalah kamu) Seseorang yang mencapai tingkatan ini sudah tidak dapat melahirkan kebencian lagi yang ada hanyalah kasih.
Wanita terbiasa di pimpin, dijajah, diperbudakan, diperkotak – katikkan sehingga hidup didalam sangkar dianggapnya sebagai kudrat wanita (merupakan tempat yang layak untuk seorang wanita). Tetapi Rabiah seorang pemberontak, seorang wanita sering dikatakan lemah dan lembut. Rabiah membuktikan bahawa di sebalik lemah dan kelembutan wanita , mempunyai kekuatan yang luar biasa. Iman Rabiah kuat,sebab itulah beliau lembut. Para ahli kitab mengkritik dia , dia tidak perduli. Pada satu ketika, mereka menegurnya, “kau tidak takut tergoda oleh syaitan”? Beliau menjawab,”hati ku adalah satu dan satu itu telah ku serah kan kapada Allah. Tidak ada sedikit pun yang tinggal kepadaku, bagai mana hendak di goda oleh syaitan.?”
Pada kesempatan lain mereka mengejek “ sepertinya kau tidak membenci syaitan” Rabiah tersenyum, “benci”? Masih ingatkah kalian, pernah ku katakan hati ku hanyalah satu , dan yang satu ini telah terisi dengan kasih Allah_ tiada ada lagi tempat untuk kebencian.
No comments:
Post a Comment