Pelawat

counter

Mengendalikan Fikiran

Seorang Birawati pergi ke luar kota selama beberapa bulan untuk satu keperluan, menyerahkan tugas menjaga gurunya kepada seorang Birawati lain. Birawati Ramona mengharapkan Birawati Rina dapat menjaga dan melayani sang guru, selama Birawati Ramona pergi ke luar kota.

Tiga bulan kemudian Birawati Ramona, kembali ke asrama sambil mengucapkan terima kasih kepada Rina sambil bertanya, “ tidak susahkan menjaga guru “?. Rina menjawab, “ Macam mana nak jawab soalan ini?” Rina menjawab lagi susah tu tidak , tetapi sakit sedikit, tapi akhirnya kita berjaya mengirimkan Syaitan ke neraka”

Ramona agak bingung dan pelik “ apa kamu cakap ni?” Syaitan apa” Neraka mana pula yang kamu merepek ni” Rina menjelaskan “ pada satu malam Tuan Guru mengajak saya untuk menangkap syaitan. Kata Guru syaitan melekat di tengah-tengah kedua belah pahanya dan ada Neraka di tengah-tengah kedua belah paha saya. Jadi syaitan harus dimasukkan kedalam neraka . Memang agak susah sedikit dan sakit, tetapi setelah kita berjaya mengurungkan syaitan kedalam neraka kita akan merasa bahagia dan syaitan tidak lagi mengganggu kita”.

Ramona tercengang “ pelik ya .. dulu dengan saya Tuan guru kata di tengah-tengah pahanya ada kunci syurga dan di tengah-tengah paha saya ada pintu syurga. Guru membuka pintu syurga dengan menggunakan kuncinya. Sekarang ni dengan kamu lain pula ceritanya....

Syaitan sudah meracuni fikiran anda. Dia ada di dalam dan di luar fikiran anda. Apakah anda pernah berjauhan dengan tuhan? Sehingga anda harus dekatkan diri anda dengan tuhan?. Bagaimana anda boleh berjauhan dengan tuhan kerana anda berada dibawah jajahan tuhan. Tuhan lebih hampir dari diri anda sendiri.

Manusia harus bersatu dan mengenali dirinya. Bagaimana anda ingin bersatu dengan diri anda jika anda tidak mengenali diri. Kenali diri anda senyata yang mungkin anda akan mengenali hakikat diri anda yang sebenar. Selama ini kita bersatu dengan fikiran kita apapun yang kita lakukan kita haruskan perkara tersebut sejajar dengan akal fikiran kita.

Sehingga kita mengikuti kata fikiran kita dan kita abaikan kata hati yang mewakili diri kita yang paling dalam. Manusia harus bersatu dengan dirinya dengan sebuah kesedaran yang dicari oleh dirinya. Merupakan sesuatu yang melampaui akal dan fikiran manusia. Keluar dari kotak fikiran manusia. Sebuah persepsi yang diciptakan oleh fikiran kita dan mencipta sebuah persepsi baru yang anda ciptakan sendiri bukan dengan fikiran sedar kita.

Berpisah sebentar dari minda bukanlah menolak fikiran tapi seimbangkan fikiran, agar tidak terlalu mendominasi dalam kehidupan kita. Apabila perpisahan ini berlaku sesaat maka anda dapat menghidupkan sesuatu unsur yang berada dalam diri anda yang dapat mengawal keliaran fikiran kita. Aura Therapy perlu diselami dengan dalam untuk memahaminya.

Para ilmuan barat beranggapan anda adalah apa yang anda fikirkan. Dulu mereka mengatakan kita adalah fizikal kita. Sekarang dengan fikiran pula, mungkin besok mereka mengatakan dengan rasa. Menurut kelompok new –age mereka mengatakan manusia adalah gabungan dari salah satu sifat energy.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang fikiran sebaiknya kita berbicara dengan “ manusia” atau “manushya” berasal dari dua suku kata, “manas” dan “ishya”. Ishya bermakna keberadaan, manas bermaksud fikiran. Apabila keberadaan bertemu dengan fikiran lahirlah perkataan manusia. Apabila manusia melepaskan pengendalian fikirannya maka dia berada pada pengendalian keberadaan. Keberadaan + fikiran = Manusia. Sebaliknya manusia – Fikiran = Keberadaan.

Energy dan apa yang kita sebut dunia material merupakan sebahagian dari “wujud” atau keberadaan. Elemen tanah, air , api dan angin merupakan sebahagian dari keberadaan. Manusia adalah energy yang di miliki. Bermakna melambangkan manusia dengan sebahagian dari unsur keberadaan. Kelompok new-age sibuk mewar-warkan dari tubuh fizikal kepada tubuh energy kedua duanya masih merupakan badan, masih merupakan sebahagian kecil dari keberadaan.

Melambangkan diri manusia dengan badan fizikal atau energy ( badan halus ) masih merupakan kegiatan fikiran. Kita masih belum bersatu dengan diri kita. Kita hanya mengambil salah satu bahagian dari keberadaan. Bila anda tidak bersatu dengan diri anda bagaimana anda ingin mengendalikannya?

Pengendalian fikiran
Kita dapat mengendalikan sesuatu itu disebabkan kita lebih kuat dari perkara yang ingin kita kendalikan. Apa yang terjadi selama ini kita di kendalikan oleh fikiran kita, amarah kita, kecemasan, kekhuatiran, ketakutan semuanya muncul kerana fikiran kita. Anda harus relaks, bertenang dengan cara berzikir. Hanya dengan berzikir anda akan tenang. Apabila anda menjadi tenang minda akan mulai kendur dan mencair dan kembali menjadi thoughts.

Mengendalikan minda bermakna memahami sifat minda. Bagaimana anda dapat mengendalikan minda jika anda tidak memahami sifat minda. Memahami sifat minda bermakna memahami keliarannya.Minda merupakan accumulation dari thoughts. Thoughts atau fikiran-fikiran yang bertentangan menciptakan minda. Maka minda selalu menjadi liar. Minda harus di jinakkan kembali dengan zikir. Ini akan membuatkan anda merasa kesatuan dengan diri anda. Selama ini apa yang anda lakukan anda merasa tidak bersatu

contoh dalam solat anda yang solat atau solat hanya berlaku dalam fikiran sahaja. Kerana anda tidak tahu mana diri anda. Anda terpisah kerana anda MERASAKAN TERPISAH dari diri anda. Sebenarnya anda tidak pernah terpisah dari diri anda, anda hanya merasakan diri anda terpisah kerana anda bekerja dalam fikiran. Bila anda dapat melepaskan penjara fikiran maka. Merasakan terpisah itu akan hilang. Anda merasakan terpisah adalah kerana fikiran anda sendiri. Aku seperti apa yang anda sangkakan

No comments: