Pelawat

counter

Laila & Khalifah

Laila & Khalifah

Kisah cinta laila dan majnun merupakan sebuah kisah cinta yang sangat popular di timur tengah…..Aura Therapy kembalikan kenangan Laila dan Majnun.

Dikesahkan Ketika khalifah bertemu dengan Laila, dia menjadi hairan, “Qais menjadi gila ( majnun) kerana kamu? Sungguh tidak masuk akal. Apa yang dia lihat dalam diri mu, sehingga tergila gila kepada mu?. Kamu bukanlah wanita yang paling cantik. Banyak wanita lain yang secantik kamu bahkan melebihi kecantikan mu.

Laila menjawab, Apa yang Qais lihat adalah sesuatu yang kamu tidak dapat melihatnya kerana kamu bukan majnun. “Laila khe disan laaye, majnun joon akhiyoon khapan”. Maksudnya : Untuk melihat kecantikan seorang laila, diperlukan sepasang mata milik orang gila. I ( Perpatah Sindi )

Mata yang sudah terbiasa melihat wujud, tidak dapat melihat sesuatu disebalik wujud. Mata terbuka dan keadaan jaga tidak menjamin “ penglihatan”. Begitulah sebaliknya.Terjaga dunia luar bermakna tidur dalam dunia batin. Keadaan ini akan membuatkan anda menjauhkan anda dari diri mu sendiri.

Khalifah hanya melihat wujud Laila. Dia tidak melihat sesuatu yang luar biasa. Malah menjadi bingung, “ bagaimana Qais boleh tergila-gila pada dia.?”. Khalifah menggunakan mata fizikal untuk melihat, apa yang dia lihat adalah fizikal semata mata. Qais menggunakan mata batin untuk melihat batin Laila,…

Sekarang bagaimana anda melihat isteri anda…..